Bantuan brek kecemasan

Bantuan brek kecemasan (EBA) atau Bantuan brek (BA atau BAS) merupakan istilah umum bagi teknologi brek kereta yang meningkatkan tekanan brek ketika situasi kecemasan. Aplikasi pertamanya dibangunkan bersama oleh Daimler-Benz dan TRW/LucasVarity. Satu penyelidikan yang dijalankan pada tahun 1992 di simulator pemanduan Mercedes-Benz di Berlin mendedahkan bahawa lebih daripada 90% pemandu gagal membrek dengan daya yang mencukupi ketika situasi kecemasan.Dengan menginterpretasikan kelajuan dan daya dengan keadaan di mana injak brek ditekan, sistem mengesan sekiranya pengguna cuba berhenti cemas, dan jika injak brek tidak ditekan sepenuhnya, sistem akan menggubal dan mengenakan brek sepenuhnya sehingga sistem brek cegah kunci (ABS) mengambil alih untuk menghalang roda kenderaan daripada terkunci. [1]